Loading...

Kisah Kami

Kenapa kami bina 12gig.com?

12gig.com dibangunkan kerana kami percaya setiap rakyat Malaysia tidak kira tinggal di bandar atau pekan kecil berhak mendapat akses kepada penyedia perkhidmatan tempatan yang boleh dipercayai dengan cara yang mudah.

Kami nampak satu jurang. Di bandar besar ramai yang menggunakan platform digital. Tapi di tempat-tempat lain ramai gigger atau freelancer yang masih berharap pada "rekomendasi handai-taulan", post Facebook atau group WhatsApp untuk cari kerja.  Terdapat pelanggan yang tidak tahu di mana mahu mendapatkan servis yang dipercayai.

Di sinilah peranan 12gig.com sebuah platform tempatan gaya hybrid yang menggabungkan pengalaman Shopee (pilih & banding) dan kemudahan Grab (tempah & selesai) untuk semua jenis servis.

Pasukan Kami

Sam Ai

Sebagai Sabahan, saya lihat sendiri bagaimana ramai individu berbakat dan berkemahiran terlepas peluang hanya kerana mereka tiada akses kepada platform digital. Kami bangunkan 12gig.com untuk beri ruang kepada mereka tampil, dipercayai dan mudah diakses oleh komuniti tempatan

Elaina

Kami bukan sekadar membina sebuah pasaran digital. Kami sedang membina sebuah 'kampung digital' sebagai tempat di mana kepercayaan, hubungan dan reputasi menjadi tunjang utama.

Redz

Tugas saya adalah memastikan semua pengguna, sama ada pelanggan mahupun gigger mendapat bantuan yang mereka perlukan. Di sebalik setiap permintaan servis, ada seseorang yang sedang berusaha mencari rezeki. Itu amanah yang kami ambil serius.

Ingin Sertai Kami?

Kami sentiasa mencari rakyat Malaysia yang bersemangat untuk menyertai perjalanan kami, sama ada sebagai gigger, pelanggan atau rakan kerjasama.

Jika anda mempunyai bakat, kemahiran, idea atau semangat untuk bantu komuniti tempatan berkembang dalam ekonomi gig, kami ingin dengar daripada anda.

Hubungi Kami : contact@12gig.com