Sebagai ahli komuniti profesional di 12gig.com, setiap Giggers diwajibkan untuk menjunjung tinggi nilai kepercayaan, ketelusan dan profesionalisme dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kod Etika ini bertujuan untuk melindungi semua pihak dan memastikan pengalaman yang selamat dan berkualiti di platform kami.
1. Integriti dan Ketelusan
Giggers adalah diwajibkan untuk bertindak jujur dan berintegriti dalam semua urusan bersama pelanggan.
Segala maklumat yang berkaitan dengan harga, pengalaman, kemahiran atau kelayakan mestilah sahih dan tidak mengelirukan.
2. Tanggungjawab Terhadap Pelanggan
Giggers hendaklah melaksanakan tugasan mengikut masa, skop dan kualiti yang dipersetujui.
Sebarang kelewatan, perubahan atau ketidakmampuan untuk menyelesaikan tugasan mestilah dimaklumkan segera kepada pelanggan dengan sikap bertanggungjawab.
3. Profesionalisme dalam Perkhidmatan
Giggers perlu menampilkan sikap yang sopan, mesra dan menghormati pelanggan sepanjang masa.
Penampilan diri mestilah kemas dan sesuai ketika menjalankan tugasan.
4. Penjagaan Privasi dan Kerahsiaan Maklumat
Giggers dilarang keras menyalahgunakan atau mendedahkan maklumat peribadi pelanggan tanpa keizinan.
Semua maklumat pelanggan yang diperoleh melalui platform adalah rahsia dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.
5. Keselamatan dan Kepercayaan
Giggers perlu menjaga keselamatan fizikal dan emosi pelanggan dengan mengelakkan sebarang bentuk gangguan atau tingkah laku mencurigakan.
Dilarang memasuki kawasan larangan atau menggunakan bahasa kesat/menakutkan semasa berada di premis pelanggan.
6. Kelayakan, Kemahiran dan Peralatan
Giggers bertanggungjawab untuk hanya menawarkan perkhidmatan yang mereka benar-benar layak dan mampu laksanakan.
Sebarang tuntutan palsu tentang kelayakan, pengalaman atau alat yang digunakan adalah dilarang sama sekali.
7. Pembatalan dan Penolakan Tugasan
Giggers mestilah memaklumkan pembatalan sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal kecuali berlaku kecemasan.
Pembatalan saat akhir tanpa sebab munasabah boleh dikenakan tindakan disiplin.
8. Penerimaan Maklum Balas
Giggers digalakkan untuk menerima maklum balas secara terbuka dan bertindak balas secara profesional terhadap sebarang komen pelanggan.
Membalas ulasan dengan nada marah atau menyindir boleh menjejaskan reputasi dan kedudukan di platform.
9. Pematuhan Undang-Undang dan Polisi Tempatan
Giggers mesti mematuhi semua undang-undang, peraturan dan lesen berkaitan kerja bebas (freelancing) di Malaysia.
Sebarang aktiviti tidak sah, penipuan, atau pelanggaran undang-undang akan dikenakan tindakan serta-merta termasuk penamatan akaun.
10. Tanggungjawab terhadap Platform 12gig.com
Giggers tidak dibenarkan mengalihkan pelanggan keluar dari platform untuk berurusan secara terus tanpa melalui sistem rasmi.
Menjaga nama baik platform adalah tanggungjawab bersama dan segala bentuk penipuan, spam atau percubaan menipu sistem akan dikenakan tindakan tegas.
Tindakan Disiplin
Pelanggaran Kod Etika ini akan dikenakan tindakan berdasarkan tahap keseriusan:
Pelanggaran ringan: Amaran rasmi secara bertulis.
Pelanggaran sederhana: Penggantungan sementara akaun.
Pelanggaran serius: Penamatan akaun secara kekal dan laporan kepada pihak berkuasa (jika perlu).
Pengakuan dan Penerimaan
Dengan mendaftar dan menawarkan perkhidmatan melalui platform 12gig.com, saya dengan ini mengakui telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya Kod Etika Giggers ini.