Loading...

Kod Tatakelakuan Pengguna

1. Tujuan Tatakelakuan

Kod Tatakelakuan ini digubal bagi memastikan semua pelanggan yang menggunakan platform 12gig.com berinteraksi secara beretika, bertanggungjawab dan profesional. Dengan menggunakan platform ini, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua peruntukan berikut.

2. Prinsip Utama Tatakelakuan

2.1. Sikap Hormat & Profesional

Pelanggan wajib berinteraksi secara sopan, menghormati penyedia perkhidmatan (gig worker), serta tidak mengeluarkan kata-kata kesat, mengugut, atau melakukan gangguan berbentuk lisan atau visual.

2.2. Ketepatan Maklumat

Pelanggan dikehendaki memberikan maklumat yang benar dan tepat semasa mendaftar akaun, membuat tempahan atau komunikasi. Pemberian maklumat palsu (contohnya alamat palsu, nama palsu, atau bayaran tipu) adalah satu kesalahan serius.

2.3. Pembayaran dan Pembatalan

Pelanggan wajib membuat pembayaran tepat pada masa melalui kaedah yang disediakan oleh platform. Pembatalan selepas pengesahan tempahan hanya dibenarkan mengikut polisi pembatalan yang telah ditetapkan. Bayaran balik tidak akan dilakukan secara automatik kecuali dalam kes yang sahih.

2.4. Larangan Penyalahgunaan Platform

Pelanggan dilarang keras:

Menggunakan akaun palsu atau berganda

Meminta perkhidmatan yang bertentangan dengan undang-undang atau norma masyarakat (contohnya: permintaan tidak bermoral, aktiviti haram)

Meminta penyedia perkhidmatan untuk melakukan tugas di luar skop atau kadar yang dipersetujui

2.5. Privasi & Keselamatan

Pelanggan hendaklah menghormati privasi penyedia perkhidmatan dan tidak menyebarkan nombor telefon, gambar, alamat atau maklumat peribadi mereka tanpa izin bertulis.

2.6. Tingkah Laku di Lokasi Servis

Sekiranya perkhidmatan dijalankan secara fizikal (di rumah, pejabat, premis), pelanggan bertanggungjawab memastikan:

Lokasi adalah selamat dan sesuai untuk kerja dijalankan

Tiada gangguan terhadap penyedia servis

Tugas diberikan mengikut perjanjian awal

2.7. Penilaian & Maklum Balas

Penilaian yang diberikan oleh pelanggan mestilah adil dan berdasarkan pengalaman sebenar. Fitnah, ulasan palsu atau berniat sabotaj boleh dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan 12gig.com.

3. Tindakan Terhadap Pelanggaran

Sekiranya pelanggan melanggar mana-mana bahagian dalam Kod Tatakelakuan ini, pihak pengendali 12gig.com berhak untuk mengambil tindakan termasuk:

Amaran rasmi melalui e-mel

Penggantungan sementara akaun

Penamatan akaun keka

Larangan menggunakan semula platform

Laporan kepada pihak berkuasa (jika melibatkan pelanggaran undang-undang)

4. Komitmen Pihak 12gig.com

Sebagai pengendali platform, pihak 12gig.com komited untuk:

Menyediakan saluran komunikasi yang profesional antara pelanggan dan penyedia perkhidmatan

Melindungi data peribadi semua pengguna mengikut standard PDPA Malaysia

Menyelesaikan aduan secara adil dan telus

Mengekalkan keselamatan platform daripada penipuan, spam, atau eksploitasi